assalamualaikum wbt..
apa khabar semua? saya harap kamu semua sihat2 hendaknya..
rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin pada semua..andai ada tersilap kata,terlanjur bicara harap dimaafkan..saya cuma insan biasa yang xlepas dari membuat kesalahan...
ingin diri ini bertanya,raya ok?hehe...
raya tahun ni alhamdulillah saya dapat balik kg..walaupun cuma seminggu tapi saya amat bersyukur sebab akhirnya saya dapat balik juga selepas setahun lebih xbalik...saya akui,seminggu tu x mencukupi utk saya melepaskan kerinduan pada keluarga,sanak saudara n kawan2...dalam kesyukuran sebab dapat balik,saya sebenarnya rasa bersalah sebab bila dikira,byk sgt duit yang keluar cuma utk beli tiket kapal saya...campur dgn duit belanja,aduhai.......utk kakak,saya minta maaf ya..sebab susahkan kakak..huhu..
berbalik pada tajuk post kali ni,hari tu masa tengah sibuk mengemas rumah terjumpa pula buku kecil nipis adik saya...baca sikit mmg menarik..tajuknya,JANGAN HAMPIRI ZINA..ada satu tajuk tu,saya betul2 tertarik..ia cerita tentang sorang lelaki yang menghantar surat lamaran kpd gadis yang disukainya..
saya akan forwardkan surat tu utk manfaat kita semua..
KERANA DIA MANUSIA BIASA
Kepada_________calon isteri saya,calon ibu anak-anak saya,calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya. Assalamualaikum Wbt. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar,tapi saya mohon,bacalah dulu hingga selesai. Saya yang bernama______ menginginkan anda __________ utk menjadi isteri saya.
Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya tetap akan bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki utk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya mmg masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah saya akan terus menyewa rumah selamanya. Yang pasti saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya byk kelemahan dan beberapa kelebihan.
Saya menginginkan anda utk mendampingi saya. Utk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah nanti kita dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat sunat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu,saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti,saya menikah utk menyempurnakan agama saya,juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa,saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda solat istikharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu,maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dgn jalan yang kita tempuh ini. Amin wassalamualaikum wbt..
...................................................................
menarik bukan? :)
No comments:
Post a Comment